Sunday, December 14, 2014

Modal selalu tak cukup, Mengapa?



Ramai yang garu kepala walaupun tak gatal bila membaca tajuk ini. Ada yang mengiyakan dalam hati kebenaran ini. Dah buka bisnes tetapi modal selalu tak cukup. Bukan setakat duit profit bahkan duit modal pun hilang habis. Nak buat pusingan semula asyik pinjam kiri dan kanan, akhirnya jadi macam tu juga.

Jom sama-sama cheking diri,

#1  Tiada simpanan.
     Memulakan sesuatu bisnes tanpa ada simpanan yang kukuh. Seharusnya wang yang disimpan mampu bertahan sehingga 3 bulan dan lebih baik 2 tahun.Sebaiknya memulakan bisnes dengan wang yang minima (iaitu wang yang jika kita hilang semuanya kita masih berada dalam keadaan yang baik) dan hanya mengembangkan perniagaan menggunakan wang hasil perniagaan tersebut.

#2  Wang bisnes bercampur aduk dengan wang peribadi
Tiada tempat simpanan khusus untuk wang bisnes disimpan. Lebih parah lagi disimpan di dalam dompet yang sama dengan wang belanja harian ataupun disimpan dalam akaun yang sama. seringkali terjadi kita berjanji untuk menggantikan wang bisnes yang "terpakai" namun biasanya janji tinggal janji.

#3  Tak fokus
Ramai Newbie mempunyai masalah ini. Tidak fokus kepada satu perniagaan sahaja. Adakalanya sehingga 2-3 jenis binses berlainan.Pantang ada tawaran yang menarik tanpa berfikir panjang terus menerjunkan diri ke dalam bisnes yang tidak dikaji sepenuhnya. Hanya mengikut gelombang dan trend pada masa tersebut. Modalnya? Menggunakan wang dari bisnes yang sedia ada. Akhirnya bisnes sedia ada pun "terjun menjunam"  bersama bisnes baru.

#4  Tiada disiplin
Bisnes telah berjalan dengan baik untung banyak namun masih tertanya-tanya kemana menghilangnya pendapatan perniagaan. Tiada rekod urusniaga yang dicatatkan hanya menggunakan kiraan otak. sikap bertangguh mencatat rekod perniagaanyang akhirnya membawa padah pada diri. Sepatutnya bisnes berkembang baik tapi masih berada di takuk lama.

Fikir-fikirkan. Saya doakan semoga bisnes anda terus menceracak naik.