Saturday, September 13, 2014


Terima kasih kerana terus sudi membaca. Ini merupakan sambungan dari entry yang lepas.Bagi anda yang ingin membuka peniagaan gerai makan kesilapan saya ini mungkin boleh anda kaji dan fahami. Selamat membaca.


1) Menjual apa yang saya suka.

   Saya berpendapat menjual makanan yang saya sukaagak mudah kerana saya pandai membuatnya dan agak sukar mendapatkan sup pada masa tersebut di kawasan itu. Saya beranggapan sup saya akan laku kerana setiap kali makan di kedai makan saya akan mengorder sup. Jadi dengan anggapan ini saya pun membuka kedai sup.

2)Kurang Menyelidik

 Setelah berniaga dalam 4 bulan saya mendapati saya silap menentukan target market. Walaupun RM4.00 untuk semangguk sup tulang agak murah namun ia masih “mahal” dikalangan pelajar Universiti yang rata-rata menjadikan nasi ayam sebagai pilihan. 

  Pada masa tersebut, kawasan perumahan pun belum diduduki sepenuhnya. Maka lingkungan pelanggan saya berkitar pada pelanggan yang sama setiap hari dan orang yang sama tidak makan makanan yang sama setiap kali mereka datang ke kedai makan kerana banyak pilihan lain.

3) Kurang Pengalaman

   Apabila bisnes bertambah baik 2-3 pertama, saya sedikit demi sedikit menambah kuantiti sup yang dijual kepada pelanggan.  Bermula dari 25 mangkuk akhirnya bertambah menjadi 50 mangkuk.Kesannya apabila bisnes merudum saya terpaksa menanggung kerugian kerana sup tidak dapat dijual.

  Selepas beberapa bulan ia ditutup barulah saya tahu bahawa setiap mangguk sup yang dijual itu perlu di kawal kuantiti jualannya. Seorang penjual nasi ayam menceritakan dia hanya menghadkan 50 pinggan nasi ayam untuk jualannya sehari.Jika habis cepat dia akan balik cepat. Ini memberikan ekspresi baik kepada pelanggannya walaupun jualannya pada hari tersebut biasa-biasa sahaja.

3) Tidak sabar

   Saya menutup bisnes saya pada bulan ke sepuluh selepas ia dibuka, kerana kekangan modal dan masalah mencari pekerja. Ada masanya saya mengalami Overhead cost kerana sup yang dijual tidak habis dan saya tidak menjual sup yang “recycle”. Maksudnya saya memasak sup baru setiap hari.

  Seharusnya sesuatu perniagaan memerlukan 3 tahun untuk mencipta nama dan 5 tahun untuk tahu samaada bisnes tersebut mampu bertahan atau sebaliknya.Nama dan reputasi perniagaan tidak dapat dibina dalam masa sehari dua.

4) Bisnes berkembang dan terus maju

  Ini ialah kepercayaan yang saya pegang ketika mula berniaga, sebaik sahaja membuka perniagaan ia akan berkembang dan terus maju. Rupa-rupanya banyak cabaran yang menanti sepanjang perjalanan menguruskan perniagaan tersebut.

  Walaupun saya ada pengalaman berniaga namun berniaga topup dan berniaga makanan jauh bezanya. Laluannya berlainan. Saya mula memahami kebanyakkan pelanggan mempunyai kerenah masing-masing.

   Namun disebalik kegagalan ini, saya berterima kasih kepada tuan punya kedai makan kerana memberikan tip bisnes yang “mahal” kepada saya. Sehingga ke hari ini saya dan tuan punya kedai masih berhubung.Di kesempatan entry yang lain saya akan kongsikan pengalaman tuan punya kedai menguruskan bisnesnya.

0 comments:

Post a Comment