Tahun ini 2014 banyak memberi cabaran kepada saya dan bisnes
saya. Banyak pekara2 yang lari dari perancangan asal. Terlampau banyak
Hari ini saya nak share satu cerita yang yang memberi kesan
kepada saya.
Sebuah buku cerita kanak-kanak “sehari
selembar benang”. Buku kanak-kanak yang penuh gambar menceritakan kisah seorang
budak yang susah semasa kecil tapi minat berniaga dan akhirnya berjaya menjadi
seorang usahawan yang berjaya.
Bukunya agak simple,sebenarnya kita ada kalanya tidak perlu
membaca buku setebal kamus untuk memahami sesuatu pekara.
Apa yang saya pelajari dari buku tersebut?
- Kekayaan tidak datang sekelip mata, kekayaan yang kukuh (solid) dibina bertahun-tahun dari pengalaman hidup.Jika anda melihat selembar benang, bagaimana ia dijalin menjadi kain, betapa rumitnya dan yang pasti ia tidak berlaku sekelip mata.
- Kejayaan memerlukan kesabaran. Kesabaran yang tinggi dalam membina perniagaan dapat membantu anda kaya. Jangan melihat kepada sesuatu yang cepat dan mudah, kerana cepat dan mudah ia menjadi, cepat dan mudah juga ia menghilang.
Apa yang anda faham berkaitan sehari selembar benang dan
bisnes anda?
Buku yang memberi kesan kepada saya.