Sunday, December 14, 2014

Modal selalu tak cukup, Mengapa?



Ramai yang garu kepala walaupun tak gatal bila membaca tajuk ini. Ada yang mengiyakan dalam hati kebenaran ini. Dah buka bisnes tetapi modal selalu tak cukup. Bukan setakat duit profit bahkan duit modal pun hilang habis. Nak buat pusingan semula asyik pinjam kiri dan kanan, akhirnya jadi macam tu juga.

Jom sama-sama cheking diri,

#1  Tiada simpanan.
     Memulakan sesuatu bisnes tanpa ada simpanan yang kukuh. Seharusnya wang yang disimpan mampu bertahan sehingga 3 bulan dan lebih baik 2 tahun.Sebaiknya memulakan bisnes dengan wang yang minima (iaitu wang yang jika kita hilang semuanya kita masih berada dalam keadaan yang baik) dan hanya mengembangkan perniagaan menggunakan wang hasil perniagaan tersebut.

#2  Wang bisnes bercampur aduk dengan wang peribadi
Tiada tempat simpanan khusus untuk wang bisnes disimpan. Lebih parah lagi disimpan di dalam dompet yang sama dengan wang belanja harian ataupun disimpan dalam akaun yang sama. seringkali terjadi kita berjanji untuk menggantikan wang bisnes yang "terpakai" namun biasanya janji tinggal janji.

#3  Tak fokus
Ramai Newbie mempunyai masalah ini. Tidak fokus kepada satu perniagaan sahaja. Adakalanya sehingga 2-3 jenis binses berlainan.Pantang ada tawaran yang menarik tanpa berfikir panjang terus menerjunkan diri ke dalam bisnes yang tidak dikaji sepenuhnya. Hanya mengikut gelombang dan trend pada masa tersebut. Modalnya? Menggunakan wang dari bisnes yang sedia ada. Akhirnya bisnes sedia ada pun "terjun menjunam"  bersama bisnes baru.

#4  Tiada disiplin
Bisnes telah berjalan dengan baik untung banyak namun masih tertanya-tanya kemana menghilangnya pendapatan perniagaan. Tiada rekod urusniaga yang dicatatkan hanya menggunakan kiraan otak. sikap bertangguh mencatat rekod perniagaanyang akhirnya membawa padah pada diri. Sepatutnya bisnes berkembang baik tapi masih berada di takuk lama.

Fikir-fikirkan. Saya doakan semoga bisnes anda terus menceracak naik.
 

Saturday, September 13, 2014


Terima kasih kerana terus sudi membaca. Ini merupakan sambungan dari entry yang lepas.Bagi anda yang ingin membuka peniagaan gerai makan kesilapan saya ini mungkin boleh anda kaji dan fahami. Selamat membaca.


1) Menjual apa yang saya suka.

   Saya berpendapat menjual makanan yang saya sukaagak mudah kerana saya pandai membuatnya dan agak sukar mendapatkan sup pada masa tersebut di kawasan itu. Saya beranggapan sup saya akan laku kerana setiap kali makan di kedai makan saya akan mengorder sup. Jadi dengan anggapan ini saya pun membuka kedai sup.

2)Kurang Menyelidik

 Setelah berniaga dalam 4 bulan saya mendapati saya silap menentukan target market. Walaupun RM4.00 untuk semangguk sup tulang agak murah namun ia masih “mahal” dikalangan pelajar Universiti yang rata-rata menjadikan nasi ayam sebagai pilihan. 

  Pada masa tersebut, kawasan perumahan pun belum diduduki sepenuhnya. Maka lingkungan pelanggan saya berkitar pada pelanggan yang sama setiap hari dan orang yang sama tidak makan makanan yang sama setiap kali mereka datang ke kedai makan kerana banyak pilihan lain.

3) Kurang Pengalaman

   Apabila bisnes bertambah baik 2-3 pertama, saya sedikit demi sedikit menambah kuantiti sup yang dijual kepada pelanggan.  Bermula dari 25 mangkuk akhirnya bertambah menjadi 50 mangkuk.Kesannya apabila bisnes merudum saya terpaksa menanggung kerugian kerana sup tidak dapat dijual.

  Selepas beberapa bulan ia ditutup barulah saya tahu bahawa setiap mangguk sup yang dijual itu perlu di kawal kuantiti jualannya. Seorang penjual nasi ayam menceritakan dia hanya menghadkan 50 pinggan nasi ayam untuk jualannya sehari.Jika habis cepat dia akan balik cepat. Ini memberikan ekspresi baik kepada pelanggannya walaupun jualannya pada hari tersebut biasa-biasa sahaja.

3) Tidak sabar

   Saya menutup bisnes saya pada bulan ke sepuluh selepas ia dibuka, kerana kekangan modal dan masalah mencari pekerja. Ada masanya saya mengalami Overhead cost kerana sup yang dijual tidak habis dan saya tidak menjual sup yang “recycle”. Maksudnya saya memasak sup baru setiap hari.

  Seharusnya sesuatu perniagaan memerlukan 3 tahun untuk mencipta nama dan 5 tahun untuk tahu samaada bisnes tersebut mampu bertahan atau sebaliknya.Nama dan reputasi perniagaan tidak dapat dibina dalam masa sehari dua.

4) Bisnes berkembang dan terus maju

  Ini ialah kepercayaan yang saya pegang ketika mula berniaga, sebaik sahaja membuka perniagaan ia akan berkembang dan terus maju. Rupa-rupanya banyak cabaran yang menanti sepanjang perjalanan menguruskan perniagaan tersebut.

  Walaupun saya ada pengalaman berniaga namun berniaga topup dan berniaga makanan jauh bezanya. Laluannya berlainan. Saya mula memahami kebanyakkan pelanggan mempunyai kerenah masing-masing.

   Namun disebalik kegagalan ini, saya berterima kasih kepada tuan punya kedai makan kerana memberikan tip bisnes yang “mahal” kepada saya. Sehingga ke hari ini saya dan tuan punya kedai masih berhubung.Di kesempatan entry yang lain saya akan kongsikan pengalaman tuan punya kedai menguruskan bisnesnya.

Friday, September 12, 2014

Bisnes ketiga saya, Pengalaman yang mahal harganya.



Bisnes ketiga saya bermula dengan semangat berkobar-kobar setelah habis belajar di universiti.  Pertama rasa gembira kerana sudah tamat zaman belajar, dan kedua melangkah kaki ke alam sebenar yang belum pasti cabarannya.

Pada zaman saya habis belajar dahulu pun agak sukar mencari pekerjaan, setelah hampir setengah tahun menanam anggur (menggangur) saya membuat keputusan untuk membuka bisnes. Dengan kepercayaan bisnes makanan cepat laku , mulalah saya merayau-rayau mencari ruang niaga. 

Akhirnya saya terjumpa  sebuah kedai makanan yang baru dibuka, dan pada kain rentangnya tertulis gerai makan untuk disewa. Saya nampak peluang besar di situ dan lantas menghubungi pemilik kedai. 

Setelah beberapa pertemuan dan urusan, akhirnya saya pun membuka bines saya. “ Gerai Sup Lan” dengan modal RM1500. Gerai ini diuruskan oleh saya dan adik saya yang kebetulannya sedang bercuti menunggu keputusan SPM.

Bisnes pada permulaannya berjalan dengan baik dan hati saya pun mula gembira.Namun panas tidak sampai ke petang, bisnes saya tutup belum sampai setahun ia dibuka. Saya belajar sesuatu dari pengalaman ini, saya akan kongsikannya dalam entry berikutnya.

Wednesday, September 10, 2014

Bisnes kedua saya, Bisnes menarik untuk Budak "U".

Maaf lama dah tak update blog ni, agak sibuk dengan beberapa urusan yang mendatang.

Tercari-cari  idea nak sambung cerita Bisnes teringat pengalaman bisnes semasa belajar di Universiti.

Macam-macam bisnes yang saya buat di U, yang sah mahupun tidak sah.Saya sharing salah satu bisnes saya yang berjaya. Memandangkan tempat saya belajar ni jauh dari kedai dan kesukaran membeli topup timbullah idea saya untuk menjual topup.

Bermula dengan modal RM100 ia berkembang sehingga modal pusingan mencecah RM1000. Bisnes topup pada masa tersebut tidaklah semudah sekarang dengan pelbagai tawaran dan pakej ditawarkan.

Seingat saya dengan modal RM100, saya dapat membeli 10  kad reload dengan diskaun RM0.10 sekeping. Masa tu tauke kedai tak kenal lagi saya. Dengan susah payah saya berunding untuk dapatkan harga tersebut. Semasa di asrama saya jual  RM10.50 . Dapatlah untung RM0.60.

Jika selepas 12:00  tengah malam, saya cas RM11. Sebabnya pada masa tersebut kedai dah pun tutup.Pada zaman saya menuntut tu tak ada lagi kedai 24 jam dibuka di kawasan tersebut.

Walaupun untung tak besar, namun pusingannya cepat , semalam boleh habiskan 10 keping kad reload.
Tauke kedai yang biasa saya berurusan akhirnya  memberi harga yang lebih murah kepada saya kerana hari -hari melihat saya mengambil stok kad di kedai tersebut.

Ada diantara pelanggan saya terutamanya teman sekuliah mempunyai akaun debit dengan saya untuk tujuan pembelian reload.Pelanggan saya yang mempunyai akaun debit akan diberi juga diberi kemudahan reload kecemasan sekiranya wang pendahuluan mereka habis tetapi hutang tersebut mesti diselesaikan dalam tempoh 24 jam.Jika tidak akan dikenakan cas tambahan dan perkhidmatan akan digantung untuk mereka.

Sejujurnya bisnes jual topup memang menguntungkan dan menyeronokkan walaupun margin profitnya agak kecil

Dipendekkan cerita, akhirnya saya berhenti menjual reload setelah tinggal di luar kampus.

Kepada pembaca yang masih lagi di IPT, antara bisnes yang boleh dicuba semasa anda masih menuntut ialah:

* Jual topup
* Jual makanan kering berbungkus (Maggie )
* Tolong fotostate untuk kumpulan ( bisnes ini pun menguntungkan, jika ada kesempatan saya ceritakan)
* Bisnes Printing Tugasan
   dan beberapa bisnes lain yang berkaitan menyelesaikan masalah student.

Apa pula bisnes anda? Sharelah kepada kami.


  

Thursday, August 14, 2014

Buku yang memberi kesan kepada saya.



Tahun ini 2014 banyak memberi cabaran kepada saya dan bisnes saya. Banyak pekara2 yang lari dari perancangan asal. Terlampau banyak 


Hari ini saya nak share satu cerita yang yang memberi kesan kepada saya. 

Sebuah buku cerita kanak-kanak  “sehari selembar benang”. Buku kanak-kanak yang penuh gambar menceritakan kisah seorang budak yang susah semasa kecil  tapi  minat berniaga dan akhirnya berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya. 

Bukunya agak simple,sebenarnya kita ada kalanya tidak perlu membaca buku setebal kamus untuk memahami sesuatu pekara.

Apa yang saya pelajari dari buku tersebut?

  1. Kekayaan tidak datang sekelip mata, kekayaan yang kukuh (solid) dibina bertahun-tahun dari pengalaman hidup.Jika anda melihat selembar benang, bagaimana ia dijalin menjadi kain, betapa rumitnya dan yang pasti ia tidak berlaku sekelip mata.
  2. Kejayaan memerlukan kesabaran. Kesabaran yang tinggi dalam membina perniagaan dapat membantu anda kaya. Jangan melihat kepada sesuatu yang cepat dan mudah, kerana cepat dan mudah ia menjadi, cepat dan mudah juga ia menghilang.

Apa yang anda faham berkaitan sehari selembar benang dan bisnes anda?